SOTONG BAKAR



Assalamualaikum…
Selamat pagi semua....

Macam mane cuti hujung semalam?
Ke mane agaknya arah tuju semalam tu yea?
Semalam QH rehat2 kat rumah saje...rancangan awal macam nak pegi buat lawatan di kawasan2 jajahan QH…hehehe…
mane lagi kalau bukan kedai bakery…
tapi takut pula nak pegi...mungkin tak buka lak kedai semalam...
lupa lak nak tanye macam mane jadual perniagaan diorang...hehehe
lepas ni kena ingat la...soalan wajib tu...hahaha


Ok cukup la tu coletehan QH untuk kali ni yea...cukup pendek kan...takpe sambung besok2 lak yea...
Jom kita berbalik pada resepi pula...
Kali ni QH nak kongsikan resepi Sotong Bakar pula…
resepi untuk sambalnya sama macam QH buat untuk ikan bakar hari tu…boleh tengok di sini yea…
sebab hari tu macam tak puas pula makan ikan bakar tu…homemade kan…tu yang buat lagi…buat lagi...buat lagi...hikhik
Cuma kali ni ade tambahan sotong pula…nyumm2…

Untuk resepi ni...QH menggunakan sotong bersaiz XXL...haa tengok betape besar saiznya...nampak aje besar sotong tu...
Bukan ape...bile dah siap masak nanti...sotong tu akan mengecil menjadi saiz M pula...
Jom la reramai kita tengok ape bahan2 yang diperlukan yea...zassss




 

SOTONG BAKAR

SAMBAL

Bahan2
1 – 2 helai daun kunyit*
3 batang serai*
2inci kunyit hidup*
2 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
RM1.00 udang kering @ geragau* (*dikisar bersama)
20 – 25 biji lada kering – dikisar berasingan
Asam Jawa
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Caranya
Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan pula cili yang telah dikisar dan tumis sehingga terbit minyak.
Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Setelah mendidih, masukkan sedikit air dan tunggu sehingga masak.
Setelah masak bahagikan sambal kepada 2 bahagian.



CARA MEMBAKAR SOTONG

Bahan2
Daun pisang
Aluminium foil

Ambil separuh sambal yang telah diasingkan tadi. Sediakan kuali leper dan panaskan kuali terlebih dahulu.
Sediakan aluminium foil dan daun pisang untuk membalut ikan.
Letakkan ikan di atas daun pisang dan siramkan sambal tadi di atas sotong yang hendak dibakar dan balutkan dengan aluminium foil.
Kemudian letak di dalam kuali leper tadi.
Bakar dengan api perlahan sehingga masak.
Alihkan sotong bakar tadi ke atas pinggan hidangan, kemudian tuang baki sambal tadi ke atas sotong yang telah dibakar.



Share:

4 comments