AISKRIM MALAYSIA SARSI & LONGAN

Assalamualaikum…

Selamat pagi semua…

 

Sebelum meneruskan pada resepi…QH nak kongsikan dulu cerita mengenai blogger masakan…mungkin ade yang dah mengetahuinya...sebelum tu QH nak ucapkan tahniah kepada mereka yang bertuah ni…sekali lagi blogger masakan masuk majalah…kali ni giliran Noorsha pula dari blog 1001 Cerita 1001 Rasa…majalah Jelita Februari 2012...kagum sesangat sebab lepas sorang…sorang blogger masakan keluar majalah ni…berbaloi segala penat lelah mereka selama ni duduk kat dapur dihargai…



Noorsha ni pon selalu jugak menjenguk dan meninggalkan komen kat blog QH…tak pernah kenal…tapi bile di alam maya ni kami semua mesra sesama sendiri…tu yang best…blogger lain yang blognye terpapar diruangan majalah jelita untuk bulan ni jugak adalah Lovely Kitchen, Happy Cooking Time dan Sweet Vanilla...mereka ni semua kat perantauan tau...Jepun...lepas ni giliran sape pula kan...sambil berangan blog sendiri lak keluar majalah...hahaha...berperasaan habis...

 

Ok la...kita ke resepi seterusnya pula...hujung minggu hari tu QH ade buat Aiskrim Malaysia tau...perasa Sarsi dan Longan pula...sebenarnya saing buat dengan Air Sarsi dan Longan hari tu...untuk enrti tu klik sini yea...tapi bile nak diaiskrimkan kena buat manis sikit...baru la sedap bila kita sedut/makan ais dan airnya...ditambah pula bile kita mengigit buah longan yang sejuk2 tu...wallaaaaa...

Kat bawah ni ade resepinya yea...      


AIR SARSI DAN LONGAN

Bahan2
1 liter air masak
250ml cordial perasa sarsi – double lion
1 tin buah longan dan air
Gula secukupnya
Plastik aiskrim secukupnya

Caranya
Bancuhkan gula dengan air panas. Kacau sehingga gula larut dengan air.
Masukkan perasa sarsi bersama air masak dan airnya sehingga cukup rasa.
Kemudian buah longan tadi dipotong dua dan dimasukkan dalam plastik aiskrim.
Dengan menggunakan jag air dan tuang bancuhan tadi perlahan-lahan ke dalam plastik aiskrim.
Ikat ketat2, simpan dan bekukan dalam peti ais semalaman.



Share:

7 comments