KEK PISANG BERCOKLAT


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…

Hmmm…macam mane percutian anda semua sempena cuti Tahun Baru Cina hari tu…seronok tak atau beronok-ronok…hahaha tu bak kata Johan…


Ade yang masih menyambung cuti ker??? kalau ade…wah cuti panjang la yea nampaknya…mesti jauh perjalanan tu…luas pemandangankan…sesekali pergi ke tempat orang memang seronok ye tak…lebih2 lagi boleh merasa masakan negeri2 lain pula kan…kalau QH ni memang takde bab lain…makan…makan…makan jea dia…hehehe…memang QH suka mencuba dan mencari tempat2 makan yang best2…


Aktiviti QH sepanjang 4 hari bercuti tu…QH setakat jalan2 dikawasan yang terdekat aje…sesekali seronok pula bile sekitar KL ni lengang…tak banyak kereta seperti hari2 biase…senang sikit nak berjalan2…pergi menonton wayang cerita Bujang Telajak…hehehe…memang seronok cerita ni dan kelakar…hiburan yang ringan…tapi jumlah penonton tak sehebat masa cerita Ombak Rindu tu…bersesak2 masuk panggung…  


Resepi yang QH nak kongsikan kali ni resepi Kek Pisang Bercoklat pula…suka tak…suka tak…hehehe…resepi kek ni memang sedap tau…cukup rasanya…cukup manisnya…tak terlalu manis…

Resepi ni telah diambil dari blog Meknablog pula…masa kek ni telah ditayang beberapa jam lepas tu…terus QH pula mencuba…kebetulan bahan2 memang dah ade…tapi entri jer lambat sikit update…sebab resepi2 yang ade ni terpaksa mengikut giliran untuk dimasukkan ke blog…hehehe…punya la banyak tak banyak koleksi resepi QH yang masih tertangguh…bukan ape nak buat 1hari 1resepi…tapi kalau ade halangan berhari2 jugak jadinya…hahaha


Ok la pada yang nak mencuba pula buat kek ni…boleh tengok resepi kat bawah ni yea…pada Meknablog…QH minta izin resepi ni…dicopy and paste kat sini pula yea…terima kasih…


KEK PISANG BERCOKLAT

Bahan-bahannya:
10 biji pisang emas ~ lecek bersama 1 sk soda bicarbonate
5 biji telur B
1 1/4 cawan caster sugar
2 titik esen pisang @  1/2 sk esen vanila
2 3/4 cawan tepung gandum + 1 sk soda bicarbonate~ ayak
1 cawan minyak jagung
(ini utk kek pisang biasa, jika nak yg bercoklat boleh masukkan 100gm parutan cooking chocolate)

Cara:
1. Masukkan telur, gula dan esen ke dlm blender dan blend hingga kembang dan putih.
2. Tuang bancuhan telur tadi ke dlm mangkuk pisang yg telah dilecek. Gaul rata dgn menggunakan sudip @ spatula.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit2 selang seli dan minyak.
4. Akhir sekali masukkan parutan cooking chocolate dan gaul sebati.
5. Masukkan dalam papercup @ acuan yg telah dialas kertas dan disapu minyak @ mentega.
6. Bakar 160'c selama 30 -40 min. Utk papercup bakar lebih kurang 20-25 min.


Tags:

Share:

10 comments