KEK OREN ZURIANA

Assalamualaikum…
 
Selamat malam semua…


Hari ni nak kongsi kek untuk tahun baru…lambat sikit membuatnya…hehehe...dah hari ke-2 baru nak buat kek...

Resepi ni QH ambil dari blog Masam Manis…mintak share yea Kak Ita resepi ni…senang aje buat kek ni...barang2 yang digunakan pon senang dan tak banyak...size kek ni pon kecil aje...kalau nak besar...gandakan adunan...


Ok la tak boleh nak berceloteh sangat malam ni...en.hubby sibuk tanye dari dah ke belum guna laptop...ngada2 lak..nak guna laptop yang sama...sebab laptop ni dekat dengan TV...

Kembali berjumpa di siaran akan datang tau.... 

Selamat mencuba yea resepi ni...


KEK OREN ZURIANA
By: Zuriana, Masam Manis

Bahan2
2 cwn selfrising flour - ita guna tepung kek
2 bj telur
1 cwn gula kastor
2 sudu mkn susu pekat
1cwn marjerin
1sudu mkn oren emulco atau oren sunquick - ita guna oren sunquick
1 biji parutan kulit oren - yg ni ita tabah sebab ita suka sangat bau kulit oren

Caranya




 




Pukul marjerin ngan gula hgga kembang. Kemudian masukkn telur satu satu.
Pukul lagi hingga kembang dan sekata. Masukkn pula tepung dan kacau rata. Tuangkan susu pekat, kacau dan last sekali masukkan oren emulco.
Loyang di sapu minyak dan bakar 30min atau sehingga masak.

 

Kalau ikut cara ita yg bermarbel2 tu ita bahagikan adunan kepada 2 bahagian selepas dicampur dgn susu. 1 bahagian ita letakkan parutan kulit oren, oren sunquik dan sedikit pewarna oren. Untuk bahagian yg satu lagi ita letakkan choc emulco. Tuang dalam loyang yg telah bergris dan marbel2kan dia. Adunan untuk kek ni tak banyak dan keknyer juga tidak terlalu besar ita rasa sesuai kalau pakai loyang 8".

 

No comments:

@qaseyhoney