IKAN BAKAR ALA SEKINCHAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…


Ikan bakar…hmmm…ni merupakan makanan feveret QH tau…sejak restoran Sekinchan tu ade…agak kerap jugak la QH dan hubby berkunjung ke sana…bukan untuk bertukar2 juadah yea…hihihihi…tapi untuk menikmati juadah atau menu yang diorang sediakan…biasenya kalau makan di restoran ni…kami lebih banyak makan lauk pauknya daripada makan nasi…meratah la…kadang2 tu malu jugak sebab kalau order makan tu…macam makan untuk 10 orang…sedangkan yang nak makan tu kami berdua aje…penuh meja…hehehe…kat restoran ni yang bestnya kita boleh pilih sendiri nak ikan, sotong ke udang yang besar mane saiznya…tentu la amik yang beso2 kan…hahaha



Tapi bile dah banyak kali berkunjung ke situ…dah boleh agak2 dah ape ramuannya…cehhh2…macam chef la pulak kan…main rasa2 aje dah tahu ape ramuan atau bahan2 yang digunakan…hihihi…jadi kami pon bercadang la pula nak buat sendiri…memang dah buat pon…buktinya gambar2 ni semua la…hahaha…

Nak buat ikan bakar ni…kita kena buat sambalnya dulu…sambal tu yang penting…penentu kejadian ikan bakar ni umpphhh atau hampeh…sebab kami berdua ni memang cerewet sikit bab makan2 ni…nak yang sedap aje…

Bukan senang nak hasilkan sambal yang sedap ni…kalau tersilap, terlebih atau terkurang bahan2 mesti la tak jadikan…dup dap dup dap jugak la QH…ceh cite mesti nak lebihkan…hihihi…sepanjang proses memasak ni…Alhamdulillah menjadi jugak akhirnya…sambal ikan ni...tapi tak la 100% macam restoran tu…jadi boleh la nanti QH buka restoran pula...letak brand sendiri…hahaha…berangan…



Lepas dah siap sambalnya tu…baru la boleh memulakan proses bakar membakar ikan pula…QH bakar kat atas dapur aje…menggunakan kuali leper…senangkan…pastu makan macam tak ingat besok masih ade…hehehe…boleh camtu yekk…

Ok la QH letakkan resepi ikan bakar ni di bawah yea…selamat mencuba…kalau dah cuba tu…bagi la maklumbalas…nak tau jugak respon dari anda semua…ok ke tak…selamat mencuba…


IKAN BAKAR ALA SEKINCHAN

SAMBAL IKAN BAKAR

Bahan2
1 – 2 helai daun kunyit*
3 batang serai*
2inci kunyit hidup*
2 inci halia*
3 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
RM1.00 udang kering @ geragau* (*dikisar bersama)
20 – 25 biji lada kering – dikisar berasingan
Asam Jawa
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Caranya
Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan pula cili yang telah dikisar dan tumis sehingga terbit minyak.
Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Setelah mendidih, masukkan sedikit air dan tunggu sehingga masak.
Setelah masak bahagikan sambal kepada 2 bahagian.



CARA MEMBAKAR IKAN

Bahan2
Sambal ikan bakar
Daun pisang
Aluminium foil

Ambil separuh sambal ikan yang telah diasingkan tadi. Sediakan kuali leper dan panaskan kuali terlebih dahulu.
Sediakan aluminium foil dan daun pisang untuk membalut ikan.
Letakkan ikan di atas daun pisang dan siramkan sambal ikan tadi di atas ikan yang hendak dibakar dan balutkan dengan aluminium foil.
Kemudian letak di dalam kuali leper tadi.
Bakar dengan api perlahan sehingga masak.
Alihkan ikan bakar tadi ke atas pinggan hidangan, kemudian tuang baki sambal tadi ke atas ikan yang telah dibakar.


Tags:

Share:

17 comments