AYAM SOS SIAM

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua...

Hari ni QH nak berkongsi resepi yang amat mudah dan sedap sangat...dah dua kali buat resepi yang sama...bahan2 yang digunakan untuk resepi ni pon tak banyak dan senang...semudah 1 2 3...hehehe...resepi ni QH ambil dari dapur Masam Manis...memang dah lama nak mencuba resepi ni...tapi tak tercuba2...akhirnya masa mak QH datang tempoh hari QH masak ayam ni...puas jugak masa tu fikir nak masak ape...tanpa buang masa terus ke komputer...tengok blog Masam Manis...cari kat label ayam...terus jumpa...senangkan...



Maka bermula adegan memasak...tapi opppss...bukan QH yang masak masa ni...tapi Mr.Mama = Hubby...takkan nak suruh mak lak yang masak...datang jauh2 kena masak pula...dia nak merasa jugak airtangan kita kan...tapi bahan2nya dah disediakan terlebih dahulu...masa ni QH sibuk membuat rainbow kek untuk anniversary...jadi membahagikan la tugas masing2...sambil membuat kek tu...QH jeling2 jugak macam mane Mr.Mama masak...sambilmeratah ayam yang digoreng tu...hahaha...mane bahagian ayam yang garing sikit tu menjadi rebutan...


Sesudah siap aje ayam sos siam...QH lak mengambil tempat untuk mendeko ala kadar dan bermula episod mengambil gambar...sampai mak QH cakap pening dia tengok...sikit2 ambil gambar...hihihi...ni la trend terbaru kalau mak nak tau...sampai boleh perut berkeroncong la dibuatnya...bile lama sangat sesi photography berlangsung...

Ayam ni bile dimakan dengan nasi putih panas2 tu...hurmmmm...memang tak cukup sepinggan la...sampai tak sedar ketika  menambah nasi ke pinggan...kredit kepada empunya resepi asal ni...terbaik...

Kali kedua memasak lauk yang sama ni...ketika di kampung...mak QH lak yang mencubanya...pada Kak Ita saya mintak share untuk letak resepi ni kat blog ni pula yea...


AYAM SOS SIAM
By: Ummi @ Home Sweet Home, Masam Manis

Bahan2
1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian ~ ita guna dada ayam
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

 
Bahan kisar
15 tangkai cili padi thai
4 ulas bawang putih
~ ita tambah daun limau purut dan daun kunyit dan ita kisar sekali 
1 labu bawang besar ~ dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit ~ dihiris halus
2 - 3 helai daun limau purut ~ ita tambah
1 batang serai ~ dititik ita tambah
sedikit gula
1 kiub ayam ~ ita tambah
minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa


Caranya
Bersihkan ayam dan toskan.
Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.
Perap 20 minit.
Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak.
Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata.
Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek)
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar.
Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

No comments:

@qaseyhoney