PANCAKE

Assalamualaikum…

Selamat pagi semua dan selamat berhujung minggu…


Pagi ni cuaca kat luar mendung…tak tau la akan hujan ke tak…mendung tak semestinya hujan kan…nasib baik semalam dah berhabisan membasuh…Alhamdulillah cuaca amat baik semalam…panas hingga ke petang…jadi kering la kain2 dijemuran…sekarang ni cuaca tak boleh nak dijangka…elok2 panas tetiba hujan selebat2nya…



Kalau dah hujan nak kuar berjalan2 pon terasa malas…lagi la kalau kena tempat parking jauh sebatu dari tempat yang nak dituju…kena berpayung bagai…walaupon berpayung tetap basah jugak sedikit…dah comot jadinya…tapi ape2 pon orang kata hujan ni rahmat…eehhh…nape nak cite pasal hujan lak ni…hehehe…


Ok la…kali ni saya nak share resepi buat pancake lak…resepi pancake paling senang dan mengelat…sebab saya guna tepung pancake instant mix Nona…beli dah lama dah…tupon tak terbuat-buat…sekarang kan dah banyak produk2 yang instant mix2 ni…balik umah tinggal campur 2-3 bahan aje…tak sampai sejam dah boleh siap…ikut pilihan masing2 la kan…ade orang tak suka menggunakan yang instant mix…lebih suka membuatnya dari mula sendiri…


Sekarang ni jomla kita tengok resepi yang saya nak share kan ni…step2 nya pon 100% saya ambil dari kotak…hehehe 


PANCAKE…..

Bahan2
1 kotak original pancake mix– guna NONA 320ml air
33ml minyak masak
1 biji telur
jem/butter/madu


Step 1
Panaskan gridel/pan (nyalaan sederhana rendah). Sapukan sedikit minyak. Gridel/pan adalah sedia apabila titisan air mendesis dan hilang. Pancake akan melekat jika gridel/pan tidak cukup panas.

Step2
Campurkan adunan pancake mix, telur, air dan minyak dalam mangkuk. Kacau sehingga tidak terlihat ketulan besar.

Step3
Tuangkan lebih kurang 1/4 cawan campuran tadi untuk setiap satu pancake ke dalam gridel/pan.

Step4
Masak selama 1½ minit atau sehingga ternampak berbuih pada permukaan pancake. Terbalik dan masak selama 2 minit atau sehingga perang keemasan.



No comments:

Instagram Follow on Instagram

@qaseyhoney