MEE GORENG

Assalamualaikum


Selamat bertemu kembali setelah beberapa hari tidak bersiaran…apa khabar anda semua??? Semoga semua yang berkunjung ke dapur saya ni sentiasa dalam keadaan sihat hendaknya di samping family tersayang.

 
Seperti biasa…kali ni saya nak berkongsi lagi resepi yang telah dimasak oleh saya untuk sarapan pagi…mee goreng…mudah dan senang aje resepi ni…yang penting sedap kan…ok la…rasanya xde ape yang nak diperkatakan lagi…jom la kita tengok resepi di bawah ni…



MEE GORENG

Bahan2
1 bungkus mee kuning
1 keping dada ayam – potong dadu & digoreng sedikit
4 tangkai sayur sawi - dipotong 1 inci
Segenggam taugeh
2 keping tauhu basah - digoreng dan dipotong kecil
1 biji telur

Bahan Tumis
12 tangkai cili kering* - buang biji dan rendam air panas seketika
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 gm udang kering*
10 gm ikan bilis* (* dikisar bersama)
2 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 biji cili merah
4 sudu makan minyak masak - untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
sedikit air

Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Tumiskan bahan yg telah dikisar sehingga wangi.
Masukkan sos cili, sos tomato, kicap, kicap pekat dan air.
Pecahkan telur dan biarkan sebentar. Kemudian kacau sebati.
Masukkan mee kuning, taugeh dan sawi.
Masukkan tauhu, ayam dan cili merah.
Kacau rata dan perasakan. Matikan api.
Hidangkan panas-panas bersama cili jeruk jika suka.




3 comments:

Ucu Faridah said...

Assalamulaikum...QASEY
Ucu nak mee goreng sepinggan...sedapni.
Ucu dah letak link Qasey ...D Dapur Idaman ucu bakery..tq

LENDANUAR said...

salam ziarah dr melaka...wow mengancam betullah mee goreng tu....qasey,kita tukar2 menulah ye...lenda bg semangkuk mee bandung,lenda minta sepinggan mee grg ye..mabeles gitu....

Qasey Honey said...

minta maaf la byk2...mmg xprasan ade 2 komen rupanya...slm perkenalan dari saya yek utk Kak Ucu dan Kak Lenda...

Instagram Follow on Instagram

@qaseyhoney