APPLE PIE

Assalamualaikum

Selamat pagi semua....


Haaa...tengok pepagi dah melekat kat blog...kali ni saya nak share resepi Apple Pie pula...tapi ade mengelat sikit buat pie ni...sebab inti pie ni saya beli yang dah siap aje kat bakery...hehehe...kebetulan masa pegi hari tu...padahal nak dekat sebulan kot...tapi expire date lambat lagi yea...tengok dalam peti sejuk kat kedai tu ade inti pie ni...saya pon ape lagi terus sambar tanpa menoleh kiri kanan lagi...

~ atas agak tergeseng lak sikit ~

Itu pon lama jugak inti pie ni terperok kat dalam peti sejuk kat umah lak...punya la liat nak membuat pie ni...tapi bile dah dibuat dan siap...memang rasa menyesal la pulak tak buat awal2...saya memang suka apple pie ni...tapi biase kalau teringin nak makan beli kat Mcd atau minta akak kat opis ni buatkan...belikan barang2 ape yang patut pastu pas kat akak tu...hehehe

~ pie ni xcantik sebab masih agak panas dah dipotong ~

Lain kali kalau buat lagi pie ni...inti nak cuba buat sendiri lak...mesti lagi sedap kot...tengok kat internet pon banyak resepi inti pie ni...tengok pon macam senang penyediaannya...


Untuk penyediaan doh pula saya ambil dan ikut cara Kak Ita...dari blog Masam Manis...tapi ade kesilapan sikit...semua step dah ikut macam Kak Ita buat...tapi bile bab membakar pula yang hancuss...bahagian atas pie tu agak tergeseng sikit...aduyaiiii...takpe lepas ni kena berhati2 sikit...bile membakar kena rerajin sikit jeling kat oven tu...ape pon pada Kak Ita saya minta izin untuk letak resepi akak tu di sini pula...jom kita intai resepi dibawah...


APPLE PIE

Inti
Untuk inti saya beli yang dah siap aje kat bakery...kalau nak buat sendiri...anda boleh pilih mengikut citarasa...sila klik sini, sini, sini, sini dan sini...saya mintak share yea...

Doh

Bahan2
150gram butter - ita letak 230 gm butter
280gram tepung gandum - ita letak 350 gm tepung
1 biji kuning telur dipukul - ita tak letak
secubit garam halus
1 sudu teh gula halus
sedikit air ice - ita tambah

* saya ikut resepi asal sbb loyang pie bersaiz kecil. 

Gaulkan tepung dengan gula halus  dan garam hingga rata. Masukkan butter. Butter ni pastikan dalam keadaan sejuk baru keluar dari peti ais. Potong kiub kecil2 kalau ia macam dah nak lembut masukkan balik dalam peti ais bagi keras semula. Ramas semua bahan hingga menjadi seperti serbuk roti. 

Tambahkan sedikit2 air ais. Masukkan air ais tu sesudu dulu kalau adunan dah boleh lembut dam mudah di bentuk dah tak payah letak air ais lagi kalau masih berderai tambahkan lagi sesudu dan seterusnya hingga adunan menjadi doh yg lembut dan tak melekat di tangan.

Bahagikan doh kepada dua. Balut doh dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais semula anggaran 1/2 jam.

Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh.
Adunan pie yg dah siap ni kita balut balik dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais sementara kita buat lapik tutup pie pula.

Canai pula adunan yang satu lagi dengan kaedah yg sama. Ini adalah untuk membuat penutup pie kita. Potong dengan roller cutter anggaran 1 cm lebar dan panjangnya biarlah dapat menutupi pie tadi.

Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.
Buat secara mengayam tikar iaitu berselang-seli. Atau boleh bungkus sahaja permukaan pie tadi dengan doh yang kita canai nipis.

Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.

Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit. Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan. Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie.




No comments:

Instagram Follow on Instagram

@qaseyhoney