SANDWICH TELUR


Assalamualaikum

Selamat pagi dan ceria2 selalu hendaknya...


Kena update laju2…sbb byk lagi keje tgh mnunggu tu…huhu…biase la bile tiba hujung mgu…byk keje2 umah lak yg nk kena settle kan dulu…mane nk membasuh baju…walau guna washing machine tp bab melipatnya tidak yekk…nk sapu dan mop umah lg…pastu nk memasak lak…penuh jadual sehari…tu la rutin mingguan yg mesti kena buat setiap minggu…dah settle semua keje2 tu baru boleh nk bersantai2 atau berjalan2 lak…xpon ape lagi membaking la kt dapur…dgn senang hati…



Okeh…utk sarapan pagi ni saya buat sandwich telur pulak…1 menu yg sgt mudah dan senang utk disediakan…ditambah pulak minum bersama kopi O…mmg sesuai sgt…badan pon terasa segar kan…resepi ni saya ambil dr kawan saya…Kak Aniza…dia ni mmg suka sgt buat sandwich telur dan saya suka sgt utk memakannya…okeh xbleh nk bebel pjg2…jom terus layan resepi kt bwh ni…



Sandwich Telur

Bahan2
Roti secukupnye
3 biji telur rebus
2 biji cili padi * - optional
1 biji bawang besar*
1 biji tomato* - buah biji (*dihiris kecil2)
1/2 biji timun – dihiris bulat
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar mayonis
Secubit garam

Mula2 hancurkan dulu telur rebus yg telah dibuang kulit.
Masukkan bawang besar, tomato, cili padi yg telah dihiris dan gaul rata.
Kemudian masukkan serbuk lada sulah, mayonis, garam dan gaul rata.
Ambil 2 keping roti dan sapukan sedikit marjerin ke atasnya.
Kemudian letakkan sesudu adunan telur tadi dan ratakan.
Letakkan hirisan tomato dan hirisan timun.
Akhir sekali letakkan sekeping lagi roti yang telah disapu marjerin ke atasnya.
Jika suka bolehlah dipotong kepada 2 bahagian dan siap untuk dihidangkan.



1 comment:

Anonymous said...

ermmmm....sdpnya....bfst yg mudah n sedap...

Instagram Follow on Instagram

@qaseyhoney