FRESH BLUEBERRY MUFFIN

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia…

Projek Masterchef kedua malam tadi…membaking muffin…



Pagi ni mmg betul2 xboleh nk membebel panjang2…sbb ade urusan yg perlu dibereskan hari ni…



Resepi ni saya ambil dr blog Dapur Tanpa Sempadan lagi…mmg sedap dan mudah…lagi2 bile menggunakan buah blueberry yg fresh…harga utk 1 kotak kecik buah blueberry seberat 125gm ni RM13…saya nk mintak izin pada CMG utk mengecopy dan mengepaste resepi ni kt sini pulak yea…tq



Ok la…jumpa lagi nti…skrg kita terus layan resepi kt bwh ni yea….

FRESH BLUBERRY CUPCAKE
by: CMG

Bahan2
180 gram mentega
140 gram gula halus
2 biji telur grad A
100 ml susu segar
220 gram tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
100 gram buah blueberi segar
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Buah blueberri dicuci dan toskan. Lap dengan papertowel hingga kering. Ketepikan.

2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung serselang seli dengan susu segar hingga habis. Putar sebati.

3. Sudukan 3/4 penuh dalam muffin cup tadi, bakar 25 minit atau hingga masak, hingga permukaan cupcake keperangan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.. Selamat mencuba!!.


No comments:

Instagram Follow on Instagram

@qaseyhoney