SARDINE PUFF

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


Selamat petang semua...petang tadi sya buat Sardine Puff pulak...tapi jgn terperanjat lak yek klau tengok gambar2 tu semua...sbb sardin puff tu bukan hanguss tp GARING okey!!!! sje buat cmtu ;-)...untuk inti sardin lak...ikut citarasa huby sya (mmg dia yg buat pon)...



SARDIN PUFF
Bahan2:

Kulit puff pastry secukupnya (jenama KAWAN) - keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minit.
1 biji kuning telur
sedikit serbuk lada hitam - jika suka (xbuh pon)

Bahan Inti:

1 tin besar sardine (guna King Cup)
3 biji bawang merah - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji bawang besar - hiris
2 cm halia - cincang halus
5 tangkai cili padi - dipenyek jerk
1 sudu besar cili kisar (ikut citarasa klau nk pedas tambah lagi)
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar minyak masak
sedikit asam jawa (guna adabi)
sedikit garam

Mula-mula masakkan inti sardin tu dulu...panaskan minyak masak terlebih dahulu kemudian masukkan bawang merah,  bawang putih dan cili kisar hingga garing. Masukkan cili padi, sos cili, halia dan bawang besar. Selepas tu, masukkan sardin, asam jawa dan garam hingga masak. Angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.  


Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2 seperti dalam gambar. Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.

  
Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.


    No comments:

    @qaseyhoney